spoon

Resepi Pavlova

2

Category:

Dah lama saya tidak menulis di blog ini.. Hari ini saya nak share resepi pavlova.. Resepi pilihan saya tentulah dari blog Joy Of Baking, namun resepi alih bahasanya saya ambil dari blog Irma London..(Terima kasih ye tuan tanah.. mintak tolong halalkan)




Bahan-bahan :

4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna tak sampai 3/4 cawan )
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream (saya guna non dairy whipping cream)
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing. (saya tak guna)
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan mixer dengan kelajuan perlahan.  Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Nota:


A. Tip sebelum membakar :

1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.

B. Masa & suhu membakar pavlova ini bergantung pada oven masing2. Lain oven lain ragamnya.



Apam Pisang Coklat

0

Category:


Dah berapa kali try buat apam pisang ni.. sangat sedap, lembut, dan maintain gebu hingga keesokan harinya.. Dapat resepi ni dari blog kak Yati di http://yatiememories.blogspot.com/. Saya copy paste ye kak.. Mintak halalkan.. dan semoga ilmu yang akak kongsikan di blog akak tu banyak memberi manfaat kepada insan-insan lain.. amin...


Bahan-Bahan

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
secubit garam halus

Bahan B:
1 cawan pisang masak dilenyek (saya letak 1 1/2 cawan)
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula perang
2 biji telur ( dipukul sedikit )

Cara-caranya:
Campurkan bahan-bahan A dan ayak bersama. Ketepikan.
Pukul sedikit telur, tambahkan dengan bahan-bahan B yang lain. Kacau sebati.
Masukkan bahan A ke dalam adunan B dan gaul sebati.
Panaskan kukusan. Masukkan adunan apam tadi ke dalam bekas-bekas kecil dan kukus 10 hingga 15 minit.

Apam Gula Hangus

0

Category:


Jenuh mencari idea, apa yang bakal dihidang pada tamu yang akan datang ke rumah.. Google punye google, terlintas nk try buat apam gula hangus.. Maka terjumpa la resipi yang sangat simple dari blog Kak Rose.. saya amik resipi ye kak.. TQ so much!

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air (kak rose buh 3/4 cup jer)
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air. Kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur, susu, minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. (kak rose kukus dalam 15minit sbb guna acuan kecik2)
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik (saya tak rajin nk bukak2 apam ni, so pakai papercup je.. huhuu)

Nota
1. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
2. Bagi saya yang dah mencuba sendiri apam ni, rase manisnya mmg sedang2 saje. So kalo sape nk lebih manis tu, boleh la tambah susu pekat.. Tp bak kata orang, kurangkan manis dalam makanan..lebihkan manis dalam senyumannnn
3. Kalau nakkan kelainan, bolehla tambah serbuk koko.. tp nanti namenye dah tukar apam koko gula hangus! Hehehehh

Orange Mocha Brownies

0

Category:


Hai.. Assalamualaikum.. Kali ni tekak sangat2 teringin nak makan brownies pulak.. Drpd forum, saya terbaca Orange Mocha Brownies resepi dari blog Mamafami.. sangat2 mengujakan.. check it out the recipe (Jutaan terima kasih pd tuan empunya blog.. share di sini resepinya ye..)


Memandangkan kat rumah takde loyang 4segi, apetah lagi sebesar 10x10, so adunan ni saya buat separuh je dr asal)

Bahan-bahan: (resepi asal)

Bahan A
1 cawan butter atau marjerin yg dicairkan
1 cawan susu cair (boleh juga guna susu segar)
2 cawan gula perang
1 cawan air panas
1/2 - 1 sudu teh nescaffe (dilarutkan dlm air panas)
2-3 sudu besar oren sunquick

Bahan B (dikacau guna whisk)
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur (grade B)

Bahan C (diayak)
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate

Cara:
1. Panaskan oven selama 10 minit pd suhu 180 darjah
2. Di dalam mangkuk, campurkan bahan A
3. Masukkan bahan B, kacau rata
4. Akhir sekali masukkan bahan C & kacau hingga sebati
5. Masukkan adunan ke dalam loyang 10x10 yang telah dilapik dengan kertas gris
6. Bakar selama 30 minit (suhu & masa bakar mungkin berbeza, bergantung pada oven masing-masing)
7. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan sejuk sebelum topping dengan coklat cair atau ditabur gula hiasan.

Nota:
1. Maybe boleh tambahkan lagi oren sunquick, atau tambahan perahan oren serta parutan kulit oren untuk menambahkan "keorenan rasa" pada brownies ni.


Tiramisu

0

Category:


Dah lameee ngencesss (orang jawa kataa) nak buat tiramisu ni.. Godek punye godek, so dapatlaaa resepi ni dari blog KZAI ni.. Toceyyy yeeee



Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek (aku guna kek chiffon, same ke dgn sponge?? hihii)
250ml whipping cream (aku gantikan dgn yogurt.. sbb lagi murah haha)
200ml cream cheese (guna sebungkus teruss)
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Nota:
1. Rasenye lagi best kalo kita guna kek span coklat atau yg perisa cappucino tu.. Tastenye lagi "mesra" bersama2 dgn nescaffe
2. Cara nak hias tiramisu tu, terpulangla pada kreativiti masing2

Non-baked Oreo Cheesecake

0

Category:


Resepi ni dah lama aku simpan.. Tp baru skrg ni berkesempatan nk try.. Ambil dari forum ratuhati.com. BTW, terima kasih byk2 pd tuan empunya resepi..

Bahan Base:
330g biskut oreo (asingkan krim, krim jgn buang)
70g butter/unsalted butter

Cara:
1. Tumbuk²/ blend biskut oreo sampai jadi serbuk
2. Panaskan butter/unsalted butter sampai cair, tutup api dan masukkan biskut, kacau rata.
3. Mampatkan bahan² dalam loyang
4. Masukkan dalam peti ais sambil tu buat bahan untuk kek.


Bahan Kek:

250g cream cheese
200g whipping cream
1 sb gelatin (yg halal), larutkan dalam 2 sb air panas sampai tak berketul
1 sb lemon
Krim biskut oreo yang tak bagi buang td...
Biskut oreo tanpa krim..patah 4...klu tak letak pun takpe...

Cara:
1. Mixer cream cheese dan baru masukkan whipping cream dengan kelajuan sederhana selama +-5 minit.
2. Dalam tempat lain, satukan gelatin dan air lemon.
3. Masukkan gelatin + lemon tadi ke dalam adunan 1 tadi...mixer sekejap.
4. Masukkan krim biskut oreo...mixer sekejap.
5. Masukkan kepingan biskut oreo yang dah patah 4 tu dan kacau.
6. Keluarkan Base daripada peti ais dan masukkan adunan kek.
7. Simpan dalam peti dam 4-5 jam atau semalaman.

*Tak guna gula sebab dah ganti dengan krim biskut oreo ...whipping cream pn guna yg manis...
*Nak tebal doublekan adunan lah yer..

Nota:
1. Kalau guna whipping cream, jgn mixer lama2 sgt.. Nanti jadi terpisah air & krimnya
2. Boleh gantikan whipping cream dgn yogurt.. Lebih murahhh heheh

Grilled Chicken Chop

0

Category:



Resepi ni ambil dari blog Potret Kasih.. TQ pada ownernya, resepi yang simple & memang sedapp..

Bahan-bahan

1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)

Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Nota:
'Debone' maksudnya ialah membuang tulang dari isi ayam. Kaedahnya boleh laa tiru sket2 dari video ni. Ape pun ikutlah keselesaan masing2..