spoon

Abuk-abuk Kak Nab

Category:


Sebenarnya, aku bukanlah penggemar kuih abuk2.. Tp masa majlis perkahwinan akak aku bulan Disember 2008 hr tu (perkahwinan kali ke-2), aku tolong Kak Nab aku buat kuih abuk2 ni.. Lain sket caranya dr yg biase2, tp rasenye mmg sedap.. Warna warni lagik tu..Buleh kate mase majlis tu, laku habiss kuih Kak Nab aku ni.. Tu la pasal aku bagi nama Abuk2 Kak Nab.. heheh

Bahan-bahan:
1 kg sagu (dibasuh & ditoskan,Kemudian masukkan dalam besen besar, letak air agak2 paras sagu tadi tu.. biar sagu ni direndam dalam 15 minit)
Kelapa parut (2- 2 1/2 biji)
Gula (ikut rasa)
Garam (setakat nak bagi rase lemak2 sket)
Pewarna
Daun pisang secukupnya (jgn lupa layur dulu daun pisang ni kasik lembut)

Cara:
1. Gaulkan kelapa, gula & garam ke dalam sagu yg dah direndam tadi.
2. Bahagi 2 bahagian, dan warnakan dgn warna yang berlainan ikut citarasa masing2
3. Bentukkan daun pisang spt kelongsong, masukkan sagu tadi secara berlapis
4. Sematkan dgn lidi atau lagi senang, stapler je.. TAPI awasss jgn tertelan besi tu lak nnti.. huhu
5. Kukus 20 minit

Nota: Kalau takde daun pisang, atau malasss nak bungkus pakai daun pisang.. leh jugak guna baking sheet.. Tp kalau tak kuasa nak layan semua tu, masukkan je dalam talam, lapiskan sagu tu mcm buat kuih lapis. Tapi mase kukus tu kena la 30-45 minit.



Bahan2 untuk atas ni, boleh buat untuk satu kenduri baca yasin.. Kira buleh dapat byk laa.. So kalau saje2 nak try skill, pandai2la bajet, buat separuh adunan dulu ke.. Buleh gak sedekah kat jiran2..

Comments (0)

Post a Comment