spoon

MOIST CHOC CAKE

Category:


Moist Choc Cake yg ditempah oleh Puan Sweethonesty. Thanx ya!

Resepi dari thelazychef

Bahan2:
3/4 bar butter (1 bar= 250g)
1 cawan gula castor (boleh dikurangkan jika takut manis)
1/2 tin susu cair (about 200g)
2 biji telur dipukul sedikit dgn garfu
1 cawan tepung
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh Baking powder
1/2 sudu teh Baking soda
1/2 sudu teh Vanilla Extract atau Vanilla essence

Nk kasi kick lagi, ku tambah nescafe paste ( 1/2 tsp nescafe + 1/2 tsp hot water)

Cara:
1. Campurkan butter, gula & susu cair- panaskan atas api sederhana
2. Kacau hingga gula hancur & butter cair sepenuhnya-tak perlu mendidih. Kemudian tutup api, dan biarkan ia sejuk.
3. Masukkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam campuran susu & butter tadi
4. Sementara tu, bolehla panaskan pengukus.
5. Di dalam sebuah mangkuk/ bekas besar yang lain, ayak tepung, serbuk koko, baking powder & baking soda. Kemudian curahkan campuran butter tadi ke dalam tepung. Kacau perlahan, hingga sebati.. Masukkan nescaffe paste. Kacau..
6. Griskan bekas acuan/ 8 atau 9 inci baking pan.
7. Curahkan adunan kek ke dalam pan tersebut
8. Kukus dengan api sederhana selama 45 minit
9. Sejukkan, sebelum dikeluarkan dari dalam pan/ acuan.

Chocolate fudge Topping

Bahan2:

1/2 tin susu pekat manis/ krimer (kurangkan, jika tak nak terlalu manis)
1/2 sudu teh of Vanilla extract atau 1 tsp Vanilla essence
1/4 cawan minyak jagung
1/6 cawan serbuk koko, di ayak (ade resepi yang guna 1/4 cawan cocoa powder)
Secubit garam (jgn tak letak lak, nnti tak menjadi topping ko! huhuuu)

Cara:

1. Campurkan semua bahan2 di atas
2. Panaskan atas api yang perlahan sambil mengacaunya dengan whisk. Tak perlu lame2, agak2 pekat sket terus tutup api.
4. Biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum ditopping ke atas kek

Nota:
1. Kalau nak kek tu cantik dikeluarkan dari acuan, gris acuan terlebih dahulu dgn butter then taburkan tepung sket. Ketuk2 sket acuan tu utk keluarkan lebihan tepung
kemudian barulah masukkan adunan kek
2. Nak buat dalam bentuk cupcake pon boleh.. Masukkan adunan dalam cup kertas tu & mase mengukus hanyalah 10-15 minit sahaja

Comments (0)

Post a Comment