spoon

Simple Cheese Cake

Category:


Actually, ni percubaan pertama saya untuk membuat cheese cake..Misinya, cari resepi yang paling simple & agak murah hehehh.. So amik resepi dari sini jee .. TQ pd tuan empunya resepi :)


Base: (ni ambil dari blog lain, pandai2 je menambah huhuu)

Bahan-bahan:
200 g biskut marie (ape2 biskut pon boleh)
100 g butter yang dicairkan

Cara-cara:
Gaulkan biskut & butter hingga sebati. Masukkan dalam loyang & tekan2 sket. Chill dalam fridge sementara anda menyediakan bahan2 cheese.

Cheese cake:

Bahan-bahan ( 18 cm )

250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-cara:

1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang yang mempunyai base tadi dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Nota:
1. Jika anda tidak mahu menggunakan base pon takpe.. Cheese cake anda still sedap
2. Bagi yang inginkan permukaan cheesecake anda kekuningan, tak perlulah guna aluminium foil.. tp harus hati2 supaya permukaan kek tidak hangit.

Comments (0)

Post a Comment