spoon

Carrot Cake aka kek lobak merah

Category:

Sebenarnya dh lame aku terliur nak buat carrot cake ni.. Setelah dua kali percubaan dari dua resepi yang berbeza, , nmpknye aku lebih suke dgn carrot cake dari resepi Joy Of baking ni..





Bahan:
1 cawan kekacang (pecan atau walnut) - bakar dlm oven selama 8 minit sambil dibalik2kan supaya masak rata, then potong kasar2
2 1/2 cawan carrot mentah yang telah siap diparut
2 cawan tepung serbaguna (guna tepung gandum pon boleyyy)
1 sudu teh soda bicabonate
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis ( tp bau die agak kuat.. so maybe bleh kurangkan sket jd 1/2 sudu teh je)
4 biji telur saiz besar
1 1/2 cawan gula
1 cawan minyak jagung (ape2 myk masak laa)
2 sudu teh extract vanila

Nota:
Utk kek yg lebih moist, boleh la tambah 1/2 cawan crushed pineapple (pastikan airnye dah ditoskan terlebih dahulu-well drained), tp mase memasak tu perlulah dilebihkan sket

Cara:
1. Satukan tepung, baking powder, soda bicarbonate, garam & serbuk kayu manis menggunakan whisk dalam satu bekas. Ketepikan.
2. Dgn menggunakan mixer (gune tangan pon boleh.. tp jenuh gak laa.. hehhe) pukul telur selama lebih kurang 1 minit hingga jd frothy- err org melayu kate berbusa a.k.a berbuih la gitu-
3. Masukkan gula, pukul lagi hingga adunan jd pekat (3-4 minit)
4. Masukkan minyak & vanila. Pukul hingga sebati.
5. Masukkan tepung, kacau guna senduk/ spatula- agak2 utk ratakan jek.. Jgn lebih2 lak.. kang batat tak tauuuuu huhuu
6. Masukkan carrot & walnut. Kacau rata.
7. Tuang dalam loyang yang dah dilengser dgn minyak/ butter. Bakar 25-30 minit. Kalo tk pasti, mcm biase gune lidi cucuk tgh2 kek tu. Kalo bersih jek lidi tu, means kek dh masak le tu..

Note: Kalo guna loyang 8" tu, bleh ahh bahagikan adunan ni kpd 2 bhg (so nnti leh buat 2 layer kek)

Cream cheese frosting:
(ni amik dari resepi org lain.. tk ingat la sape.. nnti check balik)

Bahan:
120 g butter
250 g cream cheese
120 g icing sugar

Cara:
Campurkan semua bahan & pukul hingga sebati & ringan. Kemudian boleh la dihias pada kek.
*Kalau yang buat 2 layer kek tu, letakkan frosting ni kat tengah2. Then baru make up kan yang selebihnya pada permukaan kek.

Nota:
1. Pastikan kek benar2 sejuk sebelum disapu frosting
2. Carrot cake ni lebih sedap kalau disimpan terlebih dahulu dalam peti ais. Simpan 2 hari lagi marbelesss rasenye!
3. Nk tambah kismis, badam.. dalam adunan tu pon bolehh
3. Kek ni nmpk jek mcm remeh, tp sebenarnyee senanggg nk buat! Cubalaaa..

Comments (5)

salam mulberi, thx singgah blog akak.
akak dah add ur link...:)

Thanx kak..:)

nk buat kek ni ala cupcake bleh ke?

Boleh3x.. no problem...

sedap

Post a Comment