Resepi ni mintak dari adik ipar.. Thanx Sis for the marvellous recipe! Bagi yang tak tau, kacang pool ni sebenarnya adalah makanan ala2 Arab.. Tapi kat Johor ni, paling famous de amos ialah kacang pool Hj Saiful dekat2 dengan bomba Larkin tu..
Bahan-bahan
2 tin Kacang foul (kacang parang dalam tin) – Air kacang foul tu buang dulu jgn masuk sekali. Kacang blend dgn 2 tin air guna tin kacang foul td.
3 sudu besar minyak sapi - adik ipar guna minyak sapi 1 tin kecik tu.. tp aku pakai butter je hihii (derhaka)
Minyak masak - lebih kurang byk minyak sapi
500 g @ 1 paket daging cincang
5-6 biji bawang besar – di hiris halus
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan halus
Sedikit lada putih
( 4 jenis rempah diatas diblend halus )
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
(sos ikut rasa.kalo 3 sudu mcm x cukup rasa boleh tambah- biasanya saya mmg tambah)
Gula
Garam
(perasa secukup rasa)
Sedikit Air asam - biasa tak bubuh pun.. sebab sos tu dah masam2 sket
Cara-cara:
1. Panaskan minyak & minyak sapi, goreng bawang sampai kekuningan
2. Masuk rempah yg di blend. Kacau sampai naik bau.
3. Masuk daging kisar, kacau smpai daging masak.
4. Masuk kacang pool yang dah blend. Bila dh mendidih, masuk semua sos, gula, garam, perasa dan sedikit air asam.
5. Bila cukup rasa masak hingga pekat.
Nota :
1 - Daging tu tumis biar garing sket.. tambah minyak lagi kalau tak cukup.
2 - Sos tu adjust laa ikut citarasa korang.. aku tk pakai pun sos tomato.. tapi lebihkan sos tiram
3 - Masak bior lame sket atas api kecik sampai kuah ni nampak pekat
4 - Kalau nak pedas, boleh ajee nk tumis dgn cili atau rempah kari. Nk lagi "kick" tabur laa dgn cili api!
5 - Serve dengan telur, bawang didadu, lada hijau & limau.. Makan dengan roti! Yummiee!!!
Bagi yang tk pernah tgk rupe kacang foul tu, ni diaaa...
Pic kredit to aidan.com.my
Aku beli kt JUSCO jeee.. Harga tak sampai RM3.00
Comments (0)
Post a Comment