spoon

Sheperd's Pie

Category:


Resepi ni dr FP Mak Lang.. Thanx & mintak halal yeee :). Saya peratikan mmg ramai yg dah mencuba resepi ni & hasilnye mmg tidak mengecewakan


Mashed Potato
8 biji kentang – rebus hingga empuk
4 sudu besar butter (aku letak 2 sudu besar je)
2 biji telur – dipukul sedikit (aku tak masukkan)
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada sulah (aku tmbh lada hitam)
Garam

Cara-Cara
1. Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur.
2. Panaskan butter, susu, garam, dan lada sulah, Biarkan sehingga butter cair & tutup api.
3. Masukkan adunan butter dan telur ke dalam adunan kentang lenyek. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan Inti
400 gm daging cincang
3 biji bawang besar – potong dadu
2 biji karot – potong dadu
2 biji tomato – potong dadu
2 sudu besar sos tomato (maklang letak curry powder) - aku pon buh rempah kari
2 sudu besar kicap (aku letak sos tiram)
2 sudu besar tepung gandum
Garam
Minyak
Mix Vegetable – jika suka
1 biji kuning telur – utk sapuan

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, goreng hingga layu.
2. Kemudian masukkan karot dan daging, goreng hingga daging masak
3. Masukkan mix vegetable, buah tomato, sos tomato dan kicap. Kacau rata, goreng hingga daging empuk.
4. Masukkan garam, kacau sebati.
5. Masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati.
6. Tutup api dan ketepikan.

Penyediaan Shepherd's Pie
1. Sediakan bekas , masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas.
2. Masukkan bahan2 inti dan ratakan.
3. Kemudian masukkan lebihan kentang lenyek di atas bahan2 inti tadi dan ratakan, tekan2 sedikit supaya melekat dgn inti.
4. Gariskan di atasnya menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya.
5. Bakar pada suhu 200'C selama 30-40 minit atau sehingga kekuningan.


Nota:
1. Kalau suka, boleh letak grated cheese pada permukaannya pd 10 minit terakhir bakar tu
2. Intinya boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing2. Maybe bleh buat stail bolognaise, inti kebab, daging blackpepper & mcm2 lagi..

Comments (0)

Post a Comment