Tak yah cakap byk, jom kite tengok caranya..
Bahan2:
A. Pastry
250 g butter
80 g gula aising
2 biji telur
440 g tepung gandum
Cara:
1. Pukul butter dgn gula aising sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul sampai sebati.
3. Masuk tepung, gaul rata hingga jadik doh (tak yah gune mixer) -doh yg ok tak melekat2 lagi pada mangkuk adunan
4. Gentel bulat2 doh tu, beso sket jek dr guli. Tekan nipis dalam acuan tart.
5. Cucuk sket dengan garfu.
5. Bakar 180 C untuk 10 minit. Kalau nak lagi rangup, bakar 12-15 minit.
B. Cheese Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g gula castor
20g butter
1 biji telur saiz B
Cara:
1. Pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang.
2. Masukkn telur dan pukul hingga rata.
C. Blueberry filling (nak gune strawberry filling pon takpe)
Penyediaan:
1. Utk mudahkan kerja, masukkan cheese filling ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam pastry yg dah siap masak tadi.
2. Amik 1/2 sudu kecik blueberry filling, letak atas cheese filling tadi. (nk gune piping bag pon bleh, tapi tapis atau kisar dulu blueberry tu kasik halus)
3. Nak bercorak, amik jek lidi dan swirlkan blueberry tu.. Ikutla kreativiti masing2. Nak wat cam spiderweb ke.. corak batik kee.. corak songket ke huhuu
4. Dah cantik, masukkan dalam oven, bakar lagi 10 minit.
Nota:
1. Petua nak dapatkan pastry yg rangup, gunalah butter yg baru dikeluarkan dari peti sejuk. Lepas dah uli, simpan dulu doh tu dlm peti sejuk at least setengah jam. Pastu baru la tenyeh2kan dalam acuan.
2. Mase uli doh tu, jgn uli lame sgt. Takut nanti dohnye jadi berminyak2.
2. Pastry tu akan kembang bila dimasak. So kenalah tekan nipis2 dlm acuan tart. Kalau tak, nnti "buta" tart tu, takleh nak isi filling. Acuan tak gris pon takpe, aku buat ok jek senang nak kuarkan tart tu
3. Masa membakar pastry, letak tray kat bhg tgh, guna api atas & bawah.
4. Mase bakar fillingnye skali.. tgk2 laaa.. kalau nampak cheese fillingnye tu merekah, gune api bawah je.. Tapi so far aku gune api atas bawah, ok jek..
5. Sebelum makan, baca bismillahhhh.. heheheh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments (0)
Post a Comment