Pizza base:
(Resepi pizza base ni ambil dari http://www.myresipi.com/top/detail/720)
Bahan2:
200 gm tepung
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu kecil yis
125 ml air suam
1 sudu butter
1 sudu susu tepung
Cara:
1. Bhn2 utk pizza base dicampur dan diuli sehingga sebati.
2. Tutup doh dengan kain lembap & biarkan selama 45-60 minit supaya doh menaik & menggebu
3. Canai doh tersebut setebal 0.5 cm. Cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
Topping
Bahan2:
Sosej/ pepperoni/ sardin/ tuna/ daging kisar yang telah dimasak spt inti kebab etc
Mayonis (kalau nakkan rase masam2 sket.. tk letak pon tkpe)
Sos tomato/ tomato puree (in tin)
Capsicum/ mix vege/ buah zaitun/ nenas/ button mushroom
Bawang besar dihiris bulat (jika suka)
Cheese (mozarella atau ape2 jenis cheese pon boleh laaaa
Oregano (kalau nk menambah rasa keitaliannya)
*
(Ikutlah citarasa & kreativiti masing2)
Cara:
1. Mula2 sapukan mayonis atas pizza base. Kalau tkmo, leh je terus letak tomato sos
2. Taburkan oregano
3. Letakla segala aksesori yg dikehendaki spt sosej etc..
4. Letak hirisan capsicum atau ape2 jenis sayuran yg dikehendaki
5. Letak bawang besar, kalo suka
6. Tabur oregano lagi
7. Taburkan cheese
8. Bakar smula dalam oven pd suhu 200 drjh celcius lebih kurang 8 minit
Nota:
1. Kalau nk doh tu naik lebih cepat, letakla kat tempat panas. Ni dapat meransang yis tu bertindakbalas dgn cepat. Cthnya, letak kat luar rumah.. tp make sure dh tutup dgn kain lembap tauu.. tk psl2 kang tgk ade "intan" jatuh dr langit lakk.. huhuuu
Comments (0)
Post a Comment