Resepi yang simple je.. Thanx again to my friend Alysa for sharing this recipe :)
Bhn A
200ml air suam
2tsp Instant yeast
Bhn B
3 cawan tepung
3 sudu besar gula (blend halus)
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar susu tepung ( Susu anak2 pon boleh)
3 sudu besar butter (aku pakai marjerin)
Semua bahan B ni dicampurkan , mix sampai jadi cam bread crumb
Cara-cara:
1. Campurkan bahan A dgn bahan B. Uli sampai doh tu dah tak melekat pada bekas.
2. Perap sebentar hingga doh tu naik sekali ganda
3. Bila doh dah naik, tumbuh2 sket (punch) doh tu utk keluarkan angin. Kemudian bentukla donut tu ikut kesukaan masing2. Perap lagi utk seketika
(p/s: Tapi ikut org yg "terlebih rajin" mcm aku ni.. pas uli doh, aku terus je bentukkan.. then baru perap sampai donut tu tembam.. heheh)
4. Panaskan minyak dlm kuali. Goreng donut tadi (tapi awas minyak jangan terlau panas nanti donut cepat hangit)
5. Angkat donut & biar sejuk sekejap. Kemudian bolehlaa coat dgn gula halus ataupon coklat
Nota:
1. Resepi doh ni pon boleh buat base untuk pizza
2. Butter dalam resepi boleh juga digantikan dgn minyak jagung utk pilihan yang lebih sihat
Comments (0)
Post a Comment