Asyik buat steamed moist choc cake je.. Kali ni try pulak buat baked choc moist cake.. Thanx to my friend Alysa for sharing this recipe..
Bahan A
1 cawan air
1 cawan coklat / koko
1/2 cawan gula halus
Bahan B
250 gm Butter
2 cawan gula halus
2 cawan tepung kek (saya pakai tepung gandum biasa jekk)
4 biji telur ayam
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh vanilla
Cara-cara:
Bahan A.
1. Bahan A disatukan & diletakkan ke dalam periuk
2. Panaskan di atas api yang kecil.
3. Kacau sehingga ia likat
4. Biarkan seketika
Bahan B.
1. Pukul butter & gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi..
3. Masukkan esen vanila
4. Masukkan tepung kek berselang seli dengan bahan A tadi
5. Kacau hingga sekata
6. Masukkan dlm loyang & bakar dalam oven pd suhu 160-170 darjah celcius lebih kurang 45 minit .
Resepi ganache
Susu pekat 3/4 tin
Serbuk coklat 3/4 cawan
1 sudu bsr minyak jagung or butter
1/2 cawan air panas
Cara-cara:
Campurkan susu pekat, serbuk coklat & air panas... kacau rata.... then last bru letak minyak or butter...
Nota:
Uji (cucuk) kek anda dgn lidi slps 45 minit utk memastikan bhg tgh kek benar2 masak. Jika masih cair, tambah masa lagi 5-10 minit
Comments (0)
Post a Comment