spoon

Cream Puff

Category:

Untuk kawan2 yang tak sempat nak surf resepi kat tenet.. hehe..





Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur

Cara Membuatnya
1. Campurkan air, butter, gula & garam kemudian didihkan. Bila butter mencair, tunggu seminit lagi kemudian tutup api. Masukkan tepung sekaligus, kacau cepat2 guna senduk kayu sampai jadi mcm mashed potato.
2. Buka api semula, teruskan mengacau hingga adunan tadi jadi seperti bebola kecil yang lembut & tak melekat kat peiuk. Angkat & sejukkan adunan.
3. Bila dah sejuk, guna mixer & masukkan telur sebiji demi sebiji.Pastikan telur tu betul2 sebati sebelum masukkan telur2 yang seterusnya. Tak pakai mixer pun takpe, tapi kacau le sekuat tenaga.. hehe
4. Bila adunan dah cantik bekilat, dah tak melekat2 kat mangkuk tu, bolehla dimasukkan ke dalam piping bag, gune nozzle kesukaan anda.. dan pipinglah sesuka hati ke atas tray.. (Aku alas dulu tray dgn baking sheet.. nape? Ntahla.. sajeee.. heheh.. supaya puff tu tak melekat lee)
5. Bakar 20-25 minit dgn suhu 200°C . Biar garing sket supaya bila puff ni sejuk nanti, takla dia kempes

Custard
500ml susu segar- aku pakai susu tepung je .. nak pakai santan pon buleh..
100g gula
80g tepung custard

Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan, jerangkan atas api. Kacauuuuu sampai le jadi pekat cam nak buat puding jagung tu. Agak2 dah pekat, tunggu la 1-2 minit baru le padamkan api

Cara nak masukkan custard:
Amik puff tadi, tebuk sket lubang kat bwhnye.. then sumbat je custard tadi tu.. Haaa.. dah siap ponn... (Nk potong puff tu, then lapiskan dgn custard pon boleh.. ikut kreativiti masing2)

Nota: Custard ni nanti ada banyak lebihannye.. Sama ada anda nak sumbat byk2 dlm puff tu, atau lebihannye nanti diisi dalam acuan then simpan dlm fridge.. Yummyy.. jadi dah puding custard

Comments (0)

Post a Comment