spoon

Ikan kukus serai

Category:


Sumber resepi: http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1172620

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap/ kerapu / bawal [bersihkan dan kelar] - Aku gune ikan talapia jekk.. heheh.. murah sket

Bahan Hiris
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam [jika perlu] -aku tak letak, sbb nk reduce salt intake
1 s/b sos nampla [sos ikan]

hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
hirisan carrot
jus limau kasturi
Aku tambah broccoli

Cara:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas]. - den gune loyang jeee..
3. Taburkan bahan yang telah di hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
- Agak2 lagi 5 minit nak masak tu, aku bubuh broccoli & carrot dlm pengukus
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jus limau.

Nota:
1. Dalam sos nampla tu sendiri dah ade garam.. Tp kalau nk kasik cantik sket kuah tu, bleh ah tmbh kicap sket.. Tp jgn byk2 tauuu

Comments (0)

Post a Comment